Monday, February 22, 2016

Sains Tahun 4: Haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau

1. Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.
2. Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.
3. Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Haiwan dalam Cuaca Terlalu Sejuk
1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, anjing laut, musang artik dan ikan paus.
2. Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal di badannya.
3. Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.




4. Penguin, walrus, ikan paus dan beruang kutub mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit mereka.
5. Lapisan lemak yang tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka.




6. Kebanyakan haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk mempunyai telinga yang kecil yang menghalang kehilangan haba.


7. Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang, itik liar dan egret berhijrah ke kawasan yang lebih panas. 
8. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka.
9. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah.
10. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.




No comments:

Post a Comment